Monday, 4 February 2013

LATIHAN : KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH




BAB 1: SEJARAH DAN KITA
1.4 KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH
Arahan:       Di dalam kumpulan, kaji gambar berikut dan nyatakan kaedah pengkajian sejarah yang betul

GAMBAR
KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH




Thursday, 31 January 2013

sANTAI-sAnTAi (sejarah islam)


Dalam kita mempelajari sejarah tanah melayu, dimana sewaktu penyebaran islam ke tanah melayu.  Kurun Ke-14M (1414M), Institusi Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Paramiswara. Namun, institusi Kesultanan Melayu Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1446-1459M) dan penggantinya, Sultan Mansur Shah merupakan “golden ages”. Kegemilangan zaman tersebut salah satunya adalah berpunca oleh faktor praktisnya Islam secara menyeluruh. Di samping itu, dalam tempoh tersebut bersamaan dengan 1453M juga kota konstantinople (istanbul, turkey sekarang) telah di takluk oleh kerajaan islam seperti mana sabda nabi Muhammad setelah 800 tahun berlalu, "kota konstantinople akan ditakluk oleh seorang pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik".  Pemimpin islam terulung tersebut dalam sejarah islam adalah Sultan Muhammad al-fateh. 
Beliau berjaya menakluk kota tersebut ketika masih remaja iaitu 21 tahun. Kesannya islam bertapak di kota konstantinople dan menjadi satu kuasa yang kuat di dunia selama 500 tahun sehingga lah kejatuhan empayar uthmaniah di istanbul pada tahun 1925M.

p/s: Semoga pembaca sekalian beroleh manfaat dan terus meminati sejarah...

Contoh soalan 1

Kepada anak-anak pelajar yang baru melangkah ke alam sekolah menengah (tingkatan 1) pasti kurang faham berkenaan dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang baru dilaksanakan untuk tahun yang kedua ini.  Di sini saya mahu tunjukkan contoh soalan yang dapat membantu pelajar memahami PBS bagi matapelajaran sejarah..


B1D1E1
1.    Apakah maksud sejarah yang diberikan oleh Herodotus?
     A    Catatan tentang sikap manusia masa lampau                     Jawapan : C (m/s: 4)
     B    Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu
     C    Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka
            melakukannya                                                                            
     D    Kisah perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat zaman dahulu

B1D1E2
2.    Lengkapkan jadual di bawah
Istilah
Maksud

Kurun atau abad

__________________________________
Jwpn: jangka waktu seratus tahun (m/s: 6)


Zaman

__________________________________
Jwpn: jangka masa tertentu yang mempunyai keistimewaan dan pertalian masa  (m/s: 6)


Masihi

__________________________________
Jwpn: tahun atau kurun yang dihitung sesudah kelahiran Nabi Isa (m/s: 6)


Hijrah

__________________________________
Jwpn: tahun Islam yang bermula dari tarikh Nabi Muhammad s.a.w berpindahdari Mekah ke Madinah (m/s: 6)

Kronologi

__________________________________
Jwpn: berurutan mengikut masa kejadian (m/s: 6)

Dekad

__________________________________
Jwpn: jangka masa sepuluh tahun (m/s: 6)

B1D1E3
3.    Apakah tujuan utama kita mempelajari sejarah?
A Melahirkan perpaduan dan suasana harmonis
B Membolehkan kita mendapat iktibar dan pengajaran       Jawapan : B  (m/s: 14)
C Mewujudkan rasa bangga terhadap kekuatan kuasa Barat
D Membentuk masyarakat yang bersikap aktif dalam politik
B2D1E1
4.     Antara yang berikut, manakah ciri-ciri sejarah?
 I          Fakta yang benar
            II          Penting dan bermakna
           III          Direka berdasarkan pengalaman
           IV         Boleh ditafsir dan ditokok tambah
         A   I dan II
        B   I dan IV                                                                                 Jawapan : A (m/s: 4-8)
        C   II dan III
        D   III dan IV
B2D1E2
5. Senarai berikut merupakan bahan penting dalam pengkajian sejarah tempatan.

            Sumber
 
Serpihan tembikar, kulit kerang, beliung, dan tulang mawas


    Senarai tersebut boleh dikategorikan sebagai?
   I      Sumber primer
   II     Sumber sekunder
   III    Sumber sejarah
   IV   Sumber arkeologi

    A   I dan II
    B   I dan IV                                                                         Jawapan : B  (m/s: 9-12)
    C   II dan III
    D   III dan IV
B2D1E3
6. Mengapakah kaedah arkeologi sangat penting untuk mengkaji kehidupan    
    masyarakat zaman prasejarah?
   A Kaedah arkeologi mudah dan murah
   B Kaedah arkeologi diperoleh melalui proses cari gali                Jawapan : D  (m/s: 12)
   C Bahan-bahan arkeologi tahan lama dan tidak mudah rosak
   D Masyarakat prasejarah tidak merekod apa-apa tentang kehidupan mereka
B2D1E4
7.  Ceritakan peristiwa masa lalu yang tidak dapat kamu lupakan tentang diri dan keluarga
_____________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Jawapan : yang munasabah
B3D1E1
8.  Nyatakan peristiwa penting yang berlaku pada 31 Ogos 1957?
______________________________________________________________________
Jawapan : Pemashyuran Kemerdekaan Tanah Melayu   (m/s: 7)

B3D1E2
9.  Berdasarkan jadual di bawah, tandakan ( / ) pada ruangan yang betul
Bahan
Sumber Primer
Sumber Sekunder
Buku

/
Artifak
/

Manuskrip
/

Minit mesyuarat

/
Temubual

/
Dokumentasi

/
Ensiklopedia

/
Mikrofilem

/
 Jawapan : (m/s: 9)

p/s: Bentuk soalan bergantung kepada tahap pelajar dan diubahsuai oleh guru matapelajaran sejarah

DSP Sejarah Tingkatan 1


 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI 
SEJARAH
TINGKATAN 1
                                                                  
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum  Bersepadu  Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.





TAFSIRAN

o       Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

o       Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik  bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.

o       Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan  atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk  menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o       Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat  ditaksir dan dicapai.

o       Evidens :

             Murid                        -               Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai  berdasarkan deskriptor.
Instrumen               -               Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o       Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .






KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND
STANDARD
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali




TAFSIRAN BAND

BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.
2
TAHU  DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,  mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.





MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.


OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:
OM 1
Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan sepanjang hayat serta mampu berdikari.
OM 2
Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
OM 3
Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
OM 4
Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara dan mempertahankan maruah bangsa.
OM 5
Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.
OM 6
Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa.
OM 7
Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.
OM 8
Mengamalkan nilai-nilai murni.
OM 9
Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.











BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah  dan unsur patriotisme.
2
Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah  dan unsur patriotisme.
3
Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .
4
Menghuraikan fakta sejarah dan mahir  mengaplikasi  kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.
5
Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.
6
Menjana idea secara rasional dan  menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.